Kelas Enterpreneur & Advokasi (Penipuan Kewangan)

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Enterpreneur (Lazada) dan Advokasi (Penipuan Kewangan). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Penipuan Kewangan dan Enterpreneur (Lazada). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Enterpreneur sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Penipuan Kewangan. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Penipuan Kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan serta bagaimana mengelak dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan yang sedang berleluasa masa kini.

Manakala dalam Kelas Enterpreneur, peserta-peserta diajak untuk melayari Lazada. Apa yang dapat disimpulkan dari soal jawab bersama peserta berkenaan jualan online diantara Facebook, Shopee dan Lazada amat memberansangkan. Peserta boleh menilai sendiri bagaimana jualan online dilakukan dalam jualan online di antara Facebook, Shopee dan Lazada. PI Rantau Panjang sangat berbesar hati kerana peserta yang hadir dalam Kelas Enterpreneur 3 kelas berturut-turut ini sangatlah membanggakan.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Enterpreneur peserta dapat mengetahui bagaimana berlansungnya jualan online dalam Lazada sekali gu dapat membuat kesimpulan yang baik di antara jualan online di antara Facebook, Shopee dan Lazada. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali